Info Dunia !!! Tentera Myanmar suruh penduduk Rohingya TUKAR AGAMA Jika nak selamat !! ~ Cozytv

Info Dunia !!! Tentera Myanmar suruh penduduk Rohingya TUKAR AGAMA Jika nak selamat !!


Kekejaman yang berlaku mengakibatkan warga Rohingya terpaksa bersembunyi di dalam hutan atau melarikan diri, termasuk ke negara jiran seperti Malaysia dan Thailand. - 

Gambar fail
ALOR SETAR: Selain dianiaya dan dizalimi, etnik Rohingya memaklumkan nasib mereka lebih malang apabila ada diantara mereka pernah dipaksa menukar agama atau keluar daripada Islam.

Sebagai balasannya, mereka terkecuali daripada tindakan kejam tentera Myanmar.

Itu antara kisah derita Rohingya yang tidak berkesudahan seumpama tiada siapa peduli.

Sirazulislam Hamed Hussain, 30, antara yang masih trauma mengingati kekejaman tentera Myanmar.

Ceritanya, dia pernah diacu senjata oleh sepasukan tentera Myanmar.

Ketika itu juga, seluruh keluarganya dipaksa pasukan tentera menukar agama jika mahu kehidupan yang lebih selamat.

Konflik sedemikian menyebabkannya nekad melarikan diri ke Malaysia.

“Kena tukar agama. Kami tidak tukar meskipun mereka berlaku kejam kepada kami, dirogol, dibakar, Al-Quran pun ada yang dibakardan masjid juga dibakar.

“Masalah timbul kerana mereka tidak mahu tengok kami, mahu kami tukar agama. Islam tidak disuka, kami yang Islam. Dalam Islam mana ada tukar (agama), kami tidak mahu tukar. Kami mahu kekal Islam, mati pun sebagai Islam. Tidak mahu mati sebagai kafir,” kata Sirazulislam ketika ditemui Astro AWANI di sini.

Mohd Zubir Zumil Hussain pula menjadi saksi bagaimana masyarakat Rohingya di Myanmar dipaksa melihat tentera memijak dan membakar Al-Quran.

Mana-mana warga Rohingya yang gagal mengikut kemahuan tentera katanya akan menerima padah, dipukul dan diseksa sehingga mati.
“Mereka orang kerajaan tidak suka orang Islam. Memang kita warga Rohingya mereka langsung tidak suka, mereka rogol, mereka bunuh, mereka tembak terus, bakar rumah kerana kita orang Islam itu. Kalau kita sudah bukan Islam, kita tukar agama mereka kita selamat, tetapi kita yang tidak mahu macam itu, kita Islam, kita mahu mati Islam," kata Mohd Zubir.

Keadaan di beberapa kampung di Rakhine makin meruncing sejak beberapa minggu lalu dengan aktivis mendedahkan pembunuhan dan kekejaman oleh tentera Myanmar ke atas warga etnik Rohingya berlaku hampir setiap hari.

Kekejaman yang berlaku mengakibatkan warga Rohingya terpaksa bersembunyi di dalam hutan atau melarikan diri, termasuk ke negara jiran seperti Malaysia dan Thailand.
Previous
Next Post »